NUFFNANG

Wednesday, April 28, 2010

COKLAT OH COKLAT



APA YANG ADA PADA COKLAT??....


Kamu tahu apa yang ada pada coklat yang kamu orang selalu makan tu?... Setiap kali kamu makan sekeping coklat seberat 100 g, kamu sudah mengambil kira-kira 650 kalori tambahan. 650 kalori tu banyak atau kecil? Kecilkan.. Tetapi, kalau itu berlebihan daripada yang kamu perlukan setiap hari, ia akan ditukarkan kepada lemak iaitu kira-kira 75 g bagi setiap keping coklat. Naa.. kalau sudah jadi lemak, itulah yang berkumpul d perut tu. Hehehe..... Jadi, apa yang kita perlu lakukan sekiranya kita tidak mahu ia bertukar kepada lemak? Bersenamlah jawapnya.. Tapi senaman apa yang sesuai dan menjadi pilihan serta masa yang diperlukan untuk membakar kalori sebanyak 650?.... Ini dia... kamu pilihlah mana yang kamu suka.....

Berjalan - 280 minit ( 4 jam 40 minit )

Berbasikal - 160 minit ( 2 jam 40 minit )

Berenang - 105 minit ( 1 jam 45 minit )

Berlari - 95 minit ( 1 jam 35 minit )



Mana satu senaman yang kamu mau pilih?... Hahahaha....


gade say : Dulu masa saya baca fakta ni pun saya terkejut abis... hahaha. Terutama sekali tu jumlah masa yang diperlukan untuk bersenam. Tapi sedap bah tu coklatkan.. hehehe...

1 comment:

Ken Wooi said...

i love chocs.. but rarely eat =P

NUFFNANG