NUFFNANG

Wednesday, March 24, 2010

Healthy And Fitness

Beberapa hari yang lalu saya telah membaca tentang kesihatan dan kecergasan. Sebenarnya saya baca buku ni pun dekat library sekolah. Sebagai pengetahuan saya sekarang ni sedang menjalankan SBE (School Base Experience) atau Pengalaman Berasaskan Sekolah di SK Bandar Tun Razak 1 dan minggu ni adalah minggu yang terakhir daripada 2 minggu. Hehehe... Ok.. sambung cerita tentang Kesihatan dan Kecergasan. Ini maklumat yang saya dapatlah.. sebahagian daripadanya la.. macam ni...: Buku tu cakap.....

Kadar denyutan nadi orang dewasa yang sedang berehat mungkin 65-75 denyutan seminit. Tetapi apabila kecergasan bertambah baik, dan jantung mungkin cekap, kadar denyutan nadi boleh jatuh hingga 60 atau kurang dalam seminit.

Bagi orang yang tidak cergas, kadar denyutan nadi pulihnya selepas bersenam mungkin 120 atau lebih. Tetapi selepas menjalani program senaman, ia mungkin akan jatuh kepada 80-90 denyutan seminit.

Haaa.. Yang ini pula cara menentukan kecergasan:

Ok. Catatkan masa yang diambil untuk berlari sejauh 1500 meter atau 1.5 KM.

Kalau masa yang kamu ambil untuk berlari 1500 meter tu;
20 minit atau lebih - Sangat Tidak Cergas
15-20 minit - Tidak Cergas
12-15 minit - Biasa
10-12 minit - Cergas
10 atau kurang - Sangat Cergas


Cukuplah untuk kali ini. Hehehe... Tunggu next post untuk info seterusnya...

gade say : Bah kamu orang semua, jangan lupa periksa kecergasan masing2 untuk masa depan yang sihat. Haaa.. kalau mau tentukan denyutan nadi tu, letakakan jari pada mata nadi pada pergelangan tangan kemudian kira denyutan dalam masa 15 saat lepas tu darabkan dengan 4 untuk mendapatkan denyutan nadi seminit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG