NUFFNANG

Thursday, February 24, 2011

MSSD Nabawan.....

Yeeep.. Yeeep Hoooorrreeeeeeeeey..........!!!!!!!!

Hahahaha... Hari ini berakhir sudah sukan MSSD Nabawan dan esok CUTI.... yeaaahhhhh......... tapi hanya kepada para atlit, guru-guru yang terlibat dan sukarelawan serta petugas-petugas. Pendek kata kepada semua yang terlibat secara langsung saja laa... Hehehehehe... boleh bangun sampai jam 9. Wakakaka............. 

Sejak 15hb yang lalu tidak ada di sekolah kerana terlibat 'berjemur' di padang bersama-sama atlit-atlit sekolah zon 2. Akhirnya, hari ini berakhirlah sudah penat lelah berada di padang setelah tiga hari bersukan untuk MSSD sekolah rendah dan menengah dan yang lebih penting lepas ini.. bolehlah putih sikit kulit ni.. Hahahahahaaa.... 

Secara keseluruhannya Zon 2 berada di tempat yang ke-2 dari 5 zon di seluruh dearah Nabawan termasuk Pensiangan. Walaupun hanya mendapat 2 pingat emas dan beberapa perak dan gangsa, yang lebih membanggakan sikit budak dari sekolah saya mendapat emas dalam pertandingan lompat tinggi perempuan walaupun catatan lompatannya jauh lebih dekat daripada yang dia lakukan pada sukan MSSS Zon 2. Apa-apa pun tahniah kepada semua yang terlibat dan semoga berjaya kepada yang terpilih mewakili dearah Nabawan ke MSS Pedalaman yang akan berlangsung di dearah Tambunan pada 23hb Mac 2011.
Gade Say: Bermula minggu depan kembali sudah masuk ke kelas dan menulis RPH. Lebih merunsingkan lagi, minggu depan akan ada pemantau yang datang ke sekolah.... Huhuhuhuhuhu..... file-file yang perlu disediakan pun belum dibuat. Bagus kalu 1 saja file... ini paling kurang pun 11 file.... wadududududuuuuu............

No comments:

NUFFNANG