NUFFNANG

Tuesday, November 02, 2010

Konferensi PMM SIB Sabah Ke-31


Akhirnya masa yang di tunggu-tunggu kian tiba iaitu Konferensi PMM SIB seluruh Sabah. Mesti best punyalah. Tapi agak sedih sedikit bagi saya sebab tidak dapat ikut kali ini. Apa pun tidak mengapa, tahun-tahun yang mendatang pasti dan pasti dapat ikut. Yeahh....

Pada mulanya memang merancang untuk ikut tapi faham-fahamlah di maktab semuanya tidak menentu apatah lagi kami yang krusus KPLI. Semuanya kena bersedia setiap masa. Apa tidaknya tiba-tiba saja ada aktiviti. So, memang tidak dapat buat perancangan yang jelaslah. Merancang-rancang macam tu ja laa. Tidak tahu dapat dilakasankan atau tidak terutama sekali penentuan tarikh.


Konferensi tahun ini memang lain sedikit sebab diadakan pada bulan November, selalunya ia diadakan pada bulan September iaitu pada cuti semester persekolahan. Tapi saya percaya semuanya masih sama dan yang pastinya hebih hebat daripada sebelum ini. Pengkotbah di datangkan daripada luar iaitu negara jiran Indonesia. Terdapat 3 orang pengkotbah dan penceramah luar yang diundang iaitu Pst. Jose Carol, Pst. Abraham Son, dan Pst. Sidney Mohede iaitu pastor Youth Church JPCC (Jakarta Praise Community Church) juga vocalist True Worshippers Indonesia dan bekas vocalist kumpulan artis rohani GMB (Giving My Best). Selain daripada itu penceramah tempatan juga tidak kurang hebatnya iaitu Rev. Jerry Dusing dan Pengerusi PMM SIB Sabah, Pst. Jastin Balinu.

Konferensi yang ke-31 ini bertemakan "BERIMAN DINAMIK" yang juga merupakan tema gereja SIB Sabah pada tahun ini. Semoga berkat dan kuasa Tuhan dinyatakan melalui konferensi ini yang seterusnya menjadi titik tolak kepada kebangunan rohani dikalangan PMM khususnya dan semua umat Tuhan amnya. Amen.


gade say: Sedih sebab tidak dapat mengikuti konferensi ini. Namun berkat Tuhan sudah dinyatakannya dan saya harus melaluinya untuk masa depan yang cerah. Cewaaahh... Hehehe.. Semoga semua dalam keadaan yang baik dan lulus interview SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) 24hb/11 ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG