NUFFNANG

Friday, April 10, 2015

HANYA DENGAN SEDIKIT KEKREATIFAN UMTUK JADI BERHASIL

Seorang lelaki yang dikatakan telah mengalami penolakan dalam mencari pekerjaan akhirnya berjaya berada dipuncak dengan sedikit kekreatifan dan keberanian untuk mengambil risiko. Dengan berlatarbelakangkan pelajaran yang hanya "cukup makan" beliau tidak mampu untuk mencari pekerjaan sehinggakan restoran KFC pun tidak menerima beliau sebagai pekerjanya.

Akhirnya pada tahun 1999 beliau bersama rakannya mencuba nasib dalam bidang e-commerce. Dengan sedikit pinjaman daripada bank beliau memulakan perniagaan yang pada waktu itu dianggap kebanyakan orang adalah idea yang paling bodoh. Beliau memulakan perniagaan e-commerce pertama beliau dengan nama Aliplay yang telah menembusi perniagaan antarabangsa sehingga pada hari ini merupakan pesaing utama kepada eBay.

Pada hari ini, beliau telah dinobatkan antara yang terkaya di china dengan kekayaan lebih daripada 20.4 bilion usd. Perniagaan beliau juga mampu menarik 100 juta pengunjung setiap hari. Jack Ma yang telah mengalami penolakan dalam mencari pekerjaan malah ketika belajar telah membuktikan usaha keras dan tidak mengenal erti putus asa akan membuahkan hasil.
           

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG