NUFFNANG

Wednesday, September 14, 2011

Kenal => Intim => Memahami

Update for today is about understanding on relationship.... Hehehe...
Ramai orang cakap seperti ini " Saya Harap Kamu Faham/Memahami Saya"... Kemudian, yang seorang ni cuba sedaya upaya untuk memahami. Namun akhirnya keluarlah ayat, "Saya Fikir Kamu Memahami Saya, Rupa-Rupanya Tidak."..... Kemudian apa yang berlaku selepas itu??.....

Marah, tegang, tiada lagi kegembiraan, hilang keseronokan dan hilang semangat untuk meneruskan hubungan yang baru sahaja terjalin. Kenapa ini terjadi?... Mari kita melihat di sekeliling kita, kita cuba memerhati sejauh mana "FAHAM MEMAHAMI" itu berlaku dalam kehidupan mereka dalam kehidupan kita juga..

Terdapat satu cerita di mana seorang suami ini hanya perlu memandang mata isterinya untuk memberitahukan sesuatu atau hanya perlu batuk sedikit(keluarkan bunyi seperti batuk) untuk memberitahu isterinya yang berada di dalam dapur untuk hidangkan kopi dan kuih muih. Persoalannya, berapa lama masa yang diperlukan untuk perkara ini terjadi dalam kehidupan mereka?....

Memahami seseorang bukanlah senang tetapi tidak juga terlalu susah untuk terjadi. Masa yang lama tidak menentukan kita dapat memahami sepenuhnya seseornag itu, dalam masa yang singkat juga membolehkan kita memahami. Jadi bagaimana untuk melakukannya?...

Pada pendapat saya terdapat beberapa langkah atau peringkat untuk mencapai tahap MEMAHAMI... Pertama sekali adalah kita KENAL/MENGENALI siapa dia. Tahu bagaimana kehidupan seharian dia. Mengenali dan tahu bagaimana sifatnya, kelakuannya, penyabar atau pemarah, cepat merajuk atau tidak, mudah untuk dipujuk atau sebaliknya...

Kedua, adalah INTIM/HIDUP INTIM.. Intim maksud saya adalah selalu bersama. Bagi yang suami isteri memang hidup intim dalam segala hal, segala kehidupan di kongsikan tapi bagaimana dengan yang sedang bercinta-cinta, yang baru sahaja ingin menjalinkan hubungan??... Bagi mereka, intim boleh diterapkan dalam hubungan setiap hari. Intim dalam komunikasi setiap hari. Contoh, orang cakap seperti "punch card", di mana kita pergi sekurang-kurangnya memaklumkan kepada pasangan, wish good morning or good night (walaupun seperti perkara kecil, tetapi ini menujukan kita ambil berat, mengingati dan intim) dan banyak lagi seperti mengongsikan cerita hidup kita kepada dia...Maksudnya kita hidup intim denagn pasangan kita walaupun hanya dalam sms, facebook, calling dan sebagainya yang boleh menghubungkan kita dengan dia setiap hari...

Setelah kita mengenali, dan hidup intim dengan dia/pasangan kita barula kita boleh dapat MEMAHAMI dia. Walaupan tidak sepenuhnya tetapi kita sudah mengenal dan tahu akan kehidupannya setiap hari serta hidup intim, maka untuk memahami tidaklah terlalu sulit.....

Ramai orang yang menuntut untuk di fahamai oleh pasangan masing-masing terutama sekali yang baru saja menjalikan hubungan namun akhirnya kecewa dan sakit hati sebab pasangan mereka tidak memahami mereka. Kenapa ini terjadi??...kerana mereka belum menganali atau tidak hidup intim. Sekiranya kedua-duanya ini tidak terjadi maka untuk samapai ke tahap memahami adalah sukar......


Gade Say: Cubalah MENGENALI kemudian HIDUP INTIM supaya dapat MEMAHAMI dan difahami......GBU...

2 comments:

Alv0808 said...

Untuk memahami memerlukan kerelaan dan kesabaran dari diri sendiri tetapi untuk difahami memerlukan sikap keterbukaan. Paling baik sebelum memulakan sesuatu jemput Dia dalam setiap perbuatan kita.. Sayan sangat setuju dengan post anda... GBU

gade said...

Ya... betul2... saya percaya keterbukaan sangat penting untuk difahami... kalau tidak terbuka untuk berkongsi hidup,memang peratus untuk d fahami sangat tipisss..... Yaa.... Dia tetap yang pertama dalam segala hal.... hehe... GBU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG