NUFFNANG

Friday, October 22, 2010

Mau Habis Sudah......


Haii.... lama tidak tulis blog untuk kisah diri sendiri... Tidak lama dulu saya mengatakan ingin menulis berkenaan apa yang saya telah lalui sepanjang kehidupan 2010 terutama sekali kehidupan sebagai seorang guru pelatih di IPG Teknik KL ini. Banyak dugaan sebenarnya, dulu sebelum mendapat tempat di sini, hati berkata akan lakukan apa saja, akan berusaha ketahap yang termampu, tidak merungut, tidak menagguh2 kerja dan sebagainya. Namun apabila hari dan masa itu tiba, berubah pula. kadang kala semangat kurang, malas pasti ada, tangguh kerja menjadi sebahagian amalan(student memang suka tanguh2) dan macam-macam. Bukan apa sebenarnya, bukan kerana suda berada di sini atau orang kata bila sudah sebahagian diri melekat dengan badan kerajaan membuatkan menjadi malas. Tetapi keadaan yang menjadi penyebab utama, dengan kelas yang sangat padat (8am-5pm/7pm) kadang-kadang kelas malam, dengan assignment, pembentangan, projek, aktiviti sukan dan macam-macam lagi membuatkan diri penat dan stress semestinya. Namun apa pun cabaran yang dihadapi sebenarnya ada juga waktu-waktu manis yang terselit-selit diantara timbunan cabaran sehinggalah semester pertama yang padat dapat di hadapai dengan jayanya. Hehehe... kira-kiralah....
Selepas itu, semestar baru bermula pada bulan 6 yang lalu. Cabaran baru,masa yang sukar kiranya dalam hidup kerana tanpa pengalaman dan pengetahuan secara prtikal kami keluar ke sekolah untuk mengajar selama 3 bulan. Minggu-minggu awal adalah tempoh yang sangat mencabar, iaitu cabaran dari segi komunikasi, kawalan kelas dan bagaimana menyampaikan isi pelajaran agar mudah difahami oleh murid untuk mencapai objektif pembelajaran. Pemantauan pensyarah adalah masa yang mendebarkan kerana masa inilah penilaian dilakukan sama ada kita menguna pakai teknik dan kaedah yang sepatutnya yang mambawa kepada tercapainya objektif pembelajaran atau tidak. Bukan itu saja sebenarnya cabaran di sekolah ketika itu, kawalan murid juga sangat susah disebabkan sekolah ini adalah sekolah campur iaitu melayu, india dan cina serta lain2 bangsa.Jadi agak sukar kerana murid mempunyai latar belakang yang berbeza.


Kerja yang dipertanggungjawabkan oleh pentadibir sekolah iaitu membantu guru KH menukar bengkel yang kelihatan tidak menarik kepada menarik dan tidak membosankan juga harus dilakukan. Jadi masa inilah guru prtikal menjadi tukang cat. Hahahaha... Apa pun semua ini dapat diselesaikan dengan baik... Hehehe....
Sekarang, hanya tinggal lebih kurang 2 minggu sebelum balik kekampung untuk tidur2 dan tanam anggur lagi. Bermulanya bulan 11 dan bermulalah peperiksaan, bersedia atau tidak kena dihadapi juga (so wish me luck). Agak malang tahun ini sebab bajet yang diberikan oleh kerajaan agak kurang menyebabkan aktiviti Bina Insan Guru (BIG) dibuat di kawasan IPG dan sekitarnya, Pendidikan Luar (PL) dibuat di Pulau Pangkor dengan bayaran tertentu yang di persetujui untuk mencukupkan bajet yang diberikan dan yang terakhir ini adalah KISSM (Krusus Induksi Sistem Saraan Malaysia) tidak dapat di laksanakan. Perkara lain seperti temuduga SPP dan krusus BTN tiada khabar berita. Namun apa pun syukur kerana sudah sampai kepenghujung pengajian dan selepas ini keluar menjadi seorang pendidik... Yeaah!!!...

2 comments:

wenona87 said...

uishh.....terharu ku baca "article" ini....perjuangan seorang student yg bakal bergelar pendidik...sesungguhnya sesuatu yg sukar dibayang dek akal....well, my wish to u..best of luck especially being a teacher as ur career...i mean permanent career...hehe....may God owez be with u....hopefully, one day my time will come to just like u.....:)

Nice Veloso said...

What prevents more we know is that when we think we know everything. In fact we know almost nothing and have much to learn. interesting blog and beautiful photographs!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NUFFNANG