NUFFNANG

Tuesday, March 31, 2009

Everything........ Siapa segalanya dalam hidup anda??..

Pertanyaan yang saya bangkitkan hari ini ialah, siapa segalahnya dalam hidup kita?? Siapa yang terutama dan segalahnya??

Mari tonton video ini yang sangat memberkati saya dan kamu juga ,dan mari fikirkan apa yang cuba disampaikan oleh lakonan ringkas ini......




Secara ringkasnya persembahan ini adalah mengambarkan kehidupan manusia yang dahulunya bersama Tuhan dan akhirnya mengikuti hala tuju sendiri yang mengikut dunia. Bagaimanapun dengan sepenuh kekuatan manusia untuk melepasi cobaan dan dugaan dan godaan tidak akan pernah berjaya tanpa pertolongan dan kasih Tuhan.

Pada awalnya manusia bersama Tuhan dan Tuhan menmberikan segalah kekayaan dan berkat kepada manusia. Akhirnya melalui muzik dan cinta manusia kian jatuh, di goda oleh tuntutan kekayaan dan wang yang semuanya hanya tipu muslihat iblis. Kemudian kerana kekecewaan, kini kearah mencari sesuatu untuk melupakan segalahnya melalui kemabukan. yang melampau Kerana kemabukan, goadaan seks lebih senang untuk mengambil tempat dalam hati manusia yang kehilangan kemulaiaan Tuhan. Kerana kesilapan dan zina yang dilakukan, fikiran menjadi keliru dan sering kali mengambil jalan mudah dengan membunuh diri...

Namun disaat-saat yang kelihatannya tiada lagi harapan, Tuhan tetap berusaha dan mencari anak-anakNya yang hilang. Oleh kerana usaha Kristus, manusia sedar dan berusaha kembali kepada Tuhan. Namun tidak semudah itu...... cinta,wang,kemabukan,seks dan segalah dugaan tidak semudah itu untuk kita hadapi untuk kembali kepada Tuhan. Tetapi dengan iman kita kepada Tuhan dan pertolongan Tuhan, Dia membuatkan kita menang dalam segalah hal. Dalam bible ada berkata bahawa cobaan yang manusia hadapi adalah cobaan yang biasa-biasa saja yang tidak melebihi kekuatan manusia. Disaat kita tidak dapat mengangkat beban itu, Tuhan menghantar malaikatNya datang membantu dan memberikan jalan keluar agar kita bersyukur kepada Tuhan dan Dia dipermuliakan(maksudnya seperti ini la).

Jadi siapakah segalahnya bagi kita???

No comments:

NUFFNANG