NUFFNANG

Showing posts with label sport. Show all posts
Showing posts with label sport. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

MSSD Nabawan.....

Yeeep.. Yeeep Hoooorrreeeeeeeeey..........!!!!!!!!

Hahahaha... Hari ini berakhir sudah sukan MSSD Nabawan dan esok CUTI.... yeaaahhhhh......... tapi hanya kepada para atlit, guru-guru yang terlibat dan sukarelawan serta petugas-petugas. Pendek kata kepada semua yang terlibat secara langsung saja laa... Hehehehehe... boleh bangun sampai jam 9. Wakakaka............. 

Sejak 15hb yang lalu tidak ada di sekolah kerana terlibat 'berjemur' di padang bersama-sama atlit-atlit sekolah zon 2. Akhirnya, hari ini berakhirlah sudah penat lelah berada di padang setelah tiga hari bersukan untuk MSSD sekolah rendah dan menengah dan yang lebih penting lepas ini.. bolehlah putih sikit kulit ni.. Hahahahahaaa.... 

Secara keseluruhannya Zon 2 berada di tempat yang ke-2 dari 5 zon di seluruh dearah Nabawan termasuk Pensiangan. Walaupun hanya mendapat 2 pingat emas dan beberapa perak dan gangsa, yang lebih membanggakan sikit budak dari sekolah saya mendapat emas dalam pertandingan lompat tinggi perempuan walaupun catatan lompatannya jauh lebih dekat daripada yang dia lakukan pada sukan MSSS Zon 2. Apa-apa pun tahniah kepada semua yang terlibat dan semoga berjaya kepada yang terpilih mewakili dearah Nabawan ke MSS Pedalaman yang akan berlangsung di dearah Tambunan pada 23hb Mac 2011.
Gade Say: Bermula minggu depan kembali sudah masuk ke kelas dan menulis RPH. Lebih merunsingkan lagi, minggu depan akan ada pemantau yang datang ke sekolah.... Huhuhuhuhuhu..... file-file yang perlu disediakan pun belum dibuat. Bagus kalu 1 saja file... ini paling kurang pun 11 file.... wadududududuuuuu............

Saturday, February 12, 2011

Panas dan Memang "Panas"

Bah... Nunu habar?(Apa Khabar?). Hari ini barulah dapat update blog... Ada juga masa sebelum ini, tapi ketandusan idea untuk ditulis. Jadi hari ini memang bertekad sudahlah untuk update. Hari ini sebenarnya adalah hari terakhir sukan MSSS Zon 2 di dearah Nabawan. Sekolah saya jadi tuan rumah bersama dengan Sk. Pandiwan.  Huhu.... Penat.... Sibuk juga jadi tuan rumah ni, bukan saja mau uruskan benda2 besar, kecil2 pun mau diurus. Uruskan pasukan sendiri pun satu hal lagi. Hahaha.. Apa pun best juga dapat pengalaman macam ni.. Lain hari memag tau sudah apa mau dibuat dan diperbaiki.

Cerita pasal sukan.. jadi guru sukan dan jurulatih, memang mencabarlah. Macam2 perasaan ada. Sedih, kecewa, marah pun ada kadang2, tidak puas hati pun ada juga. Tapi yang paling best bila anak buah kita menang... puhhhhh.....mcm mau melompat2 pula... macam mau teriak2 ja.. Hahahaha. Mungkin perasaan itulah hadiah buat jurulatihkan. Walaupun ramai yang dapat tempat pertama dari belakang, tapi ada juga yang dapat tempat pertama dari depan... Hehehehe..... Paling membangkan acara lompat tinggi perempuan, sekolah tiada alat dan atlit pun x pernah lompat untuk latihan, tapi dapat emas dan perak. Lagi satu yang tidak kurang hebatnya adalah anak buah dapat anugrah Olahragawati, puhhh... tahniah laaa sama dia.... hehehe... Dua2 acara individu dapat emas iaitu 100m n lompat jauh, dan mungkin membaharui rekod lompat jauh untuk zon 2 iaitu 3.80 meter, lelaki pun x dapat kasi kalah. Emas lelaki 3.61 jak.. masih lagi x dapat kalahkan lompatan kedua terbaik dia 3.67. Hehehe..... Tapi kasihan, lepas lari 100m akhir terus kena pijak kasut spike kaki dia, puhh..... luka pun agak dalam juga... silaka btul tu yang pijak. Mcm sabotaj jak. Sebelum lari, tumit kena pijak spike juga, lepas lari, lagi teruk kena pijak... Hemmmmm.....

Adididiiii.. cukuplah itu cerita pasal tu sukan.. hehehe..... Apa pun ada juga yang "panas" selain matahari di sana. Tapi abaikan sajalah... Kalau layan2 lagilah bikin panas.. Apa orang cakap, macam ada lesen ja tu mulut. Hahaha.....

Om.. macam panjang sudah ni karangan saya ni. Cukup2 untuk hari ini. Nanti terlebih panjang kena potong markah pula.. hehehe....
 Traning Jumping Kunun2.....

 Selection untuk lompat pagar. Hahaha.. tiada pagar terpaksa la pakai skping and kerusi...
 Inilah konon latihan diorang ni. Mau suruh joging tapi padang lumpur. hehe

Gade Say: Panas o muka saya.. Pedih..... tidak........ sudah.... huhuhu
Pedihhhh.......huhu

Saturday, May 15, 2010

Thomas & Uber Cup




gade say : Ini saja yang saya dapat masa p bukit jalil... konon mau p tgo semi final Thomas Cup.. Mas Vs China... Tp, kehabisan tiket... yang tinggal cuma harga RM7++ n RM3+++.... ntah macam mana la tempat duduk dia tu.... terapung2 kali... hahahaha... last2... d luar ja duduk d lantai ramai2 tgo tv kecil... hahaha.... Kalah, nasib x beli tiket....... OK juga la.. p merasakan suasana disana.... Ramai orang memanas x dapat tiket........

Wednesday, April 28, 2010

COKLAT OH COKLAT



APA YANG ADA PADA COKLAT??....


Kamu tahu apa yang ada pada coklat yang kamu orang selalu makan tu?... Setiap kali kamu makan sekeping coklat seberat 100 g, kamu sudah mengambil kira-kira 650 kalori tambahan. 650 kalori tu banyak atau kecil? Kecilkan.. Tetapi, kalau itu berlebihan daripada yang kamu perlukan setiap hari, ia akan ditukarkan kepada lemak iaitu kira-kira 75 g bagi setiap keping coklat. Naa.. kalau sudah jadi lemak, itulah yang berkumpul d perut tu. Hehehe..... Jadi, apa yang kita perlu lakukan sekiranya kita tidak mahu ia bertukar kepada lemak? Bersenamlah jawapnya.. Tapi senaman apa yang sesuai dan menjadi pilihan serta masa yang diperlukan untuk membakar kalori sebanyak 650?.... Ini dia... kamu pilihlah mana yang kamu suka.....

Berjalan - 280 minit ( 4 jam 40 minit )

Berbasikal - 160 minit ( 2 jam 40 minit )

Berenang - 105 minit ( 1 jam 45 minit )

Berlari - 95 minit ( 1 jam 35 minit )



Mana satu senaman yang kamu mau pilih?... Hahahaha....


gade say : Dulu masa saya baca fakta ni pun saya terkejut abis... hahaha. Terutama sekali tu jumlah masa yang diperlukan untuk bersenam. Tapi sedap bah tu coklatkan.. hehehe...

Thursday, April 08, 2010

NUFFNANG