NUFFNANG

About Me

Saya seorang yang simple, merendahkan hati, dan bersikap terbuka. Tetapi kadang kala selalu mengkritik sesuatu perkara, namun kebanyakan kritikkan hanya berlangsung di dalam hati dan jarang sekali dibicarkan kepada orang lain. Cuba untuk berfikir tentang sesuatu perkara dalam pelbagai sudut dan ada satu ketikanya dulu orang mengatakan saya menyebelahi satu pihak gara-gara saya tidak menyokong apa yang dia katakan kerana saya cuba berfikir pada sudut yang lain (sudut pandangan orang yang dia marah) dan alasan kenapa orang itu berbuat demikian. Haha..

So, dalam penulisan blog ini saya akan menulis apa sahaja yang saya fikirkan dan cuba sedaya upaya untuk tidak menyinggung perasaan atau pun isu-isu yang sensetif. Namun sekiranya ia berlaku, itu hanya pandapat dan dari sudut pandangan saya. Jadi maafkan saya.

Isi-isi dalam blog ini banyak menceritakan hal-hal sendiri, jadi inilah sebahagian cerita daripada kehidupan saya. 

NUFFNANG