NUFFNANG

Thursday, February 24, 2011

MSSD Nabawan.....

Yeeep.. Yeeep Hoooorrreeeeeeeeey..........!!!!!!!!

Hahahaha... Hari ini berakhir sudah sukan MSSD Nabawan dan esok CUTI.... yeaaahhhhh......... tapi hanya kepada para atlit, guru-guru yang terlibat dan sukarelawan serta petugas-petugas. Pendek kata kepada semua yang terlibat secara langsung saja laa... Hehehehehe... boleh bangun sampai jam 9. Wakakaka............. 

Sejak 15hb yang lalu tidak ada di sekolah kerana terlibat 'berjemur' di padang bersama-sama atlit-atlit sekolah zon 2. Akhirnya, hari ini berakhirlah sudah penat lelah berada di padang setelah tiga hari bersukan untuk MSSD sekolah rendah dan menengah dan yang lebih penting lepas ini.. bolehlah putih sikit kulit ni.. Hahahahahaaa.... 

Secara keseluruhannya Zon 2 berada di tempat yang ke-2 dari 5 zon di seluruh dearah Nabawan termasuk Pensiangan. Walaupun hanya mendapat 2 pingat emas dan beberapa perak dan gangsa, yang lebih membanggakan sikit budak dari sekolah saya mendapat emas dalam pertandingan lompat tinggi perempuan walaupun catatan lompatannya jauh lebih dekat daripada yang dia lakukan pada sukan MSSS Zon 2. Apa-apa pun tahniah kepada semua yang terlibat dan semoga berjaya kepada yang terpilih mewakili dearah Nabawan ke MSS Pedalaman yang akan berlangsung di dearah Tambunan pada 23hb Mac 2011.
Gade Say: Bermula minggu depan kembali sudah masuk ke kelas dan menulis RPH. Lebih merunsingkan lagi, minggu depan akan ada pemantau yang datang ke sekolah.... Huhuhuhuhuhu..... file-file yang perlu disediakan pun belum dibuat. Bagus kalu 1 saja file... ini paling kurang pun 11 file.... wadududududuuuuu............

Saturday, February 19, 2011

Umpan tidak berkurang, Mata kail yang HABIS...

Puhhh........ Hari ini, hari sabtu 'pertama' yang sangat memboringkan oo.... hari sabtu sebelum ini ada saja aktiviti. Sabtu pertama di sekolah party2 panggang ayam dengan guru yang tinggal di sekolah. PK 1 sponser bah. Hahaha.... Sabtu kedua ada sekolah ganti,sabtu ketiga balik kampung sebab cuti CNY, sabtu yang keempat sukan MSSS Zon 2 Nabawan. Jadi hari ini adalah sabtu yang kelima..... Bangun saja dari tidur terus blank x tau mau buat apa, lepas cuci kain yang berlambak seminggu punya kain (konon untuk mengisi masa lapang and harap2 masa cepat sikit berjalan) terus mundar mandir di dalam rumah.. Hahahaha... bingung2. 

Oleh kerana tahap keboringan sudah ketahap gaban, saya dengan housemate pun plan mau pergi memancing. Hahaha... belakang sekolah ada sungai, so di sanalah kononnya ni untuk membuang masa. Lagi pun ramai juga orang2 kampung yang ke situ untuk memancing. Tapi itu pun nampak diorang lalu dari rumah. So, tanpa membuang masa kami pun mencari umpan... hahaha.. cacing menjadi mangsa. Ok, 'peluru' sudah ada, 'senjata' pun sudah sedia. Kami pun memulakan langkah. Sampai di tebing sungai, cari2lah tempat yang sesuai untuk memancing. Nampak satu tempat tu yang 'macam' sesuai sikit dan ada tanda2 sebagai tempat memancing. So, kami pun teruskan operasi membuang masa dengan pancing. Setelah beberapa detik, masih lagi tidak mengena. Mencuba dan terus mencuba, walaupun masa tetap berjalan lambat usah mengalah, terus mencuba dan akhirnya........... cehhh.. kail tersangkut.... tarik punya tarik tidak dapat juga.... kesudahannya, putuskan saja... mau masuk dalam air untuk keluarkan kail?.. Haha.. itu tidak mungkin menjadi pilihan. Nasib baiklah sudah beli mata kail sedia untuk kegunaan di waktu memerlukan. Hahahaha.... 

Pasang mata kail yang baru dan bermula lagi perjuangan.... Ohhhh.. Tidak.......!!!!! Tersangkut lagi... Mata kail housemate pun tersangkut juga, ohhh..... macam ini keadaannya, umpan tidak berkurang ni, tapi mata kail yang mau habis. Ayoooo.. masa pun banyak terbuang masa cuba2 keluarkan mata kail dari tersangkut dan pasang mata kail. Akhirnya terpaksalah mengalah dengan 'ikan' yang besar sampai tangsi terputus. Terlalu besar bah mungkin tu kan. Hahaha..... Macam ni, kenallah bertanya dengan orang2 sini, di mana tempat yang sesuai untuk memancing. Mungkin tempat kami memancing tadi bukan tempat mereka memancing, tapi tempat mereka naik perahu mungkin untuk pergi ke tempat lain. Adidiiii......  

Gade Say: Hari esok, tidak tau lagi apa mau buat ni. Mau pergi church, tapi tidak tau di mana. Kalau tau pun tiada juga transport........ huuuuuu............

Thursday, February 17, 2011

Valentine Day....

Hehehe.. Hari Kekasih?... Sudah berlalu rupanya valentine day kan. Tapi tidak apalah... hehehe.. Sebenarnya saya pun bukan mau bercakap atau bercerita tentang valentine day or hari kekasih ini, cuma ingin mengongsikan sesuatu yang saya baca sebentar tadi. Ketika saya mencari-cari maklumat yang saya perlukan di alam maya ini.. hehehe.. saya menemui satu artikal yang ada sangkut pautnya dengan Hari Kekasih yang sering dikaitkan dengan cerita Romeo and Juliet. Namun apakah pengajaran tentang cerita romeo n juliet?... Bagaimana pula dengan cinta Adam dan Hawa(Tiada kaitan dengan lagu MishaOmar)?......  Ok... Anda boleh baca di sini....

Bagaimanakah Cinta yang sejati itu??... Adakah seperti cerita Romeo and Juliet??.....

Saturday, February 12, 2011

Panas dan Memang "Panas"

Bah... Nunu habar?(Apa Khabar?). Hari ini barulah dapat update blog... Ada juga masa sebelum ini, tapi ketandusan idea untuk ditulis. Jadi hari ini memang bertekad sudahlah untuk update. Hari ini sebenarnya adalah hari terakhir sukan MSSS Zon 2 di dearah Nabawan. Sekolah saya jadi tuan rumah bersama dengan Sk. Pandiwan.  Huhu.... Penat.... Sibuk juga jadi tuan rumah ni, bukan saja mau uruskan benda2 besar, kecil2 pun mau diurus. Uruskan pasukan sendiri pun satu hal lagi. Hahaha.. Apa pun best juga dapat pengalaman macam ni.. Lain hari memag tau sudah apa mau dibuat dan diperbaiki.

Cerita pasal sukan.. jadi guru sukan dan jurulatih, memang mencabarlah. Macam2 perasaan ada. Sedih, kecewa, marah pun ada kadang2, tidak puas hati pun ada juga. Tapi yang paling best bila anak buah kita menang... puhhhhh.....mcm mau melompat2 pula... macam mau teriak2 ja.. Hahahaha. Mungkin perasaan itulah hadiah buat jurulatihkan. Walaupun ramai yang dapat tempat pertama dari belakang, tapi ada juga yang dapat tempat pertama dari depan... Hehehehe..... Paling membangkan acara lompat tinggi perempuan, sekolah tiada alat dan atlit pun x pernah lompat untuk latihan, tapi dapat emas dan perak. Lagi satu yang tidak kurang hebatnya adalah anak buah dapat anugrah Olahragawati, puhhh... tahniah laaa sama dia.... hehehe... Dua2 acara individu dapat emas iaitu 100m n lompat jauh, dan mungkin membaharui rekod lompat jauh untuk zon 2 iaitu 3.80 meter, lelaki pun x dapat kasi kalah. Emas lelaki 3.61 jak.. masih lagi x dapat kalahkan lompatan kedua terbaik dia 3.67. Hehehe..... Tapi kasihan, lepas lari 100m akhir terus kena pijak kasut spike kaki dia, puhh..... luka pun agak dalam juga... silaka btul tu yang pijak. Mcm sabotaj jak. Sebelum lari, tumit kena pijak spike juga, lepas lari, lagi teruk kena pijak... Hemmmmm.....

Adididiiii.. cukuplah itu cerita pasal tu sukan.. hehehe..... Apa pun ada juga yang "panas" selain matahari di sana. Tapi abaikan sajalah... Kalau layan2 lagilah bikin panas.. Apa orang cakap, macam ada lesen ja tu mulut. Hahaha.....

Om.. macam panjang sudah ni karangan saya ni. Cukup2 untuk hari ini. Nanti terlebih panjang kena potong markah pula.. hehehe....
 Traning Jumping Kunun2.....

 Selection untuk lompat pagar. Hahaha.. tiada pagar terpaksa la pakai skping and kerusi...
 Inilah konon latihan diorang ni. Mau suruh joging tapi padang lumpur. hehe

Gade Say: Panas o muka saya.. Pedih..... tidak........ sudah.... huhuhu
Pedihhhh.......huhu

NUFFNANG