NUFFNANG

Monday, December 01, 2008

Asal Usul KAMPUNGKU...


SEJARAH ASAL-USUL KAMPUNG TERINTIDON
Menurut cerita dari orang tua-tua, kononnya orang yang pertama sekali sampai ke kawasan perkampungan Terintidon kini ialah Pakcik Rugom yang berasal dari kampung Kiau, Kota Belud. Pakcik Rugom sampai ke kawasan tersebut kerana memburu binatang yang hidup di persekitaran kawasan tersebut sebagai salah satu bahan makanan pada masa itu. Adalah dipercayai bahawa pada masa itu, hutan rimba yang terdapat disini, di diami oleh pelbagai jenis binatang serta burung. Begitu juga dengan sungai-sungainya yang mana didiami oleh ikan-ikan yang banyak serta besar-besar. 
Setelah beberapa hari menjelajah di kawasan tersebut maka Pakcik Rugom pun tertarik hati dengan keadaan tanah-tanihnya yang subur dan amat sesuai dijadikan sebagai kawasan pertanian disamping itu kawasannya terlalu luas. Akhirnya Pakcik Rugom pun telah mendirikan sebuah pondok kecil di tengah-tengah hutan rimba tersebut. Secara kebetulan Pakcik Rugom telah membina pondoknya itu di tepi sungai yang dikenali sebagai sungai “DAN” atau “RAN”. Manakala ditepi-tepi sungai tersebut tumbuh sejenis tumbuhan yang seakan-akan seperti pokok kelapa sawit yang mana pokok ini menjadi sumber kekayaan bagi Negara Malaysia kini. 
Namun begitu, pokok yang terdapat disini pada waktu itu bukanlah kelapa sawit tetapi dikenali sebagai “Pokok Terintid” dikalangan masyarakat dusun. Keadaan pokok ini juga berduri dan buahnya boleh dimakan. Selain dari keistemewaan ini, pokok terintid juga boleh dijadikan sebagai atap rumah. Pakcik Rugom juga menganyam daun ini untuk atap pondok yang telah dibina itu. Malahan sejak hari itu, orang-orang yang telah mengikuti Pakcik Rugom juga telah mengikut jejaknya, dan kelihatanlah beberapa buah pondok usang yang beratapkan daun Terintid di sepanjang sungai “Dan” tersebut. Tahun demi tahun, maka semakin bertambahlah pengikut-pengikut Pakcik Rugom ke kawasan berkenaan lalu membuka petempatan yang baru. Kemudian merekapun telah menamakan petempatan yang telah mereka diami itu sebagai “KAMPUNG TERINTIDON”. Nama tersebut adalah hasil gabungan nama sungai dan nama pokok yang banyak disitu pada masa itu. (TERINTID + DAN). Namun begitu, Pakcik Rugom yang telah mendirikan rumahtangga sudah sekian lama, masih juga tidak mendapat anak, kerana kononnya beliau sedang berguru dan mengamalkan pemujaan terhadap kuasa-kuasa syaitan. Walaubagaimanapun, rakan-rakannya yang lain bernasib baik kerana dikurniai dengan anak yang ramai. Apabila bilangan mereka bertambah ramai, maka terbentuklah tiga tempat petempatan yang dikenali sebagai SIBA-IBAH (Bawah), SOKID (Atas), dan di LOTUD. Tahun berganti tahun, maka bilangan penduduk di ketiga-tiga kawasan ini semakin berkembang. 
Di tengah-tengah kehidupan yang harmoni di sebuah perkampungan yang baru itu, tiba-tiba masyarakat kampung ternganga serta meratap hiba apabila mereka diserang oleh malapetaka yang dahsyat iaitu penyakit taun. Ramai orang yang berak berdarah. Selepas itu, timbul pula sejenis lagi penyakit yang dikenali sebagai “Momopau” (Kulit Melecur). Pada masa ini lah masyarakat diperkampungan tersebut telah menggunakan daun-daun pisang sebagai alas diwaktu tidur. Ini kerana kudis-kudis yang memenuhi seluruh badan mereka. Setelah malapetaka tersebut berlalu, masyarakat disitu menadah tangan supaya mereka tidak lagi diserang oleh gejala-gejala penyakit yang dahsyat. Tetapi takdir tidak menyebelahi segala-galanya, kerana tidak lama kemudian mereka telah ditimpa sejenis penyakit lagi. Penyakit ini adalah lebih merbahaya bahkan telah mengorbankan ramai jiwa tidak kira kanak-kanak kecil, dewasa dan orang tua. Penyakit ini dikenali sebagai “TABI-TABI KANGKAB” bagi orang-orang dusun pada masa itu. Kononnya orang yang diserang penyakit ini akan sakit kepala. Dan mangsanya hanya boleh bertahan selama sehari. Ketika ini, masyarakat yang masih hidup hanya sempat menitiskan air mata tanpa apa-apa tindakan. 
Oleh itu, mereka tidak bermaya lagi untuk mengebumikan mangsa-mangsa penyakit tersebut. Oleh itu, ramai daripada penduduk yang mendiami di ketiga-tiga petempatan tadi telah berpecah-belah kerana takut sesuatu malapetaka yang lebih dahsyat akan menimpa mereka. Dengan itu, berpindahlah mereka kekawasan di sekitar perkampungan tersebut. Ada yang ke sebelah “Bukit Garas” dan dinamakan Kg. Kilabi. Manakala yang lain pula telah berpindah ke sebelah “ Bukit Kolubaan” dan petempatan yang baru ini pula dipanggil Kg. Kalagadan. Setelah sekian lama peristiwa pahit yang mereka lalui maka tersebarlah kisah penentangan diantara Kg. Sayap dengan pihak pemerintah pada masa itu. Dan pada masa itu juga, barulah diketahui Ketua Kampung yang pertama apabila pihak kerajaan meminta semua kampung memilih ketua sebagai saluran pihak kerajaan untuk memungut “cukai kepala” di setiap orang lelaki. Perkara tersebut berlaku dalam tahun 1860-an. Manakala ketua kampung yang dilantik ialah Pakcik Bonglit. Senarai ketua-ketua Kampung Terintidon 

1. Bonglit 1860 - 1882 
2. Selutan 1882 - 1902 
3. Gorugui Bonglit 1902 – 1914 
4. Leminah Selutan 1914 – 1928 
5. Kihob Landau 1928 – 1933 
6. Pengus Lipas 1933 – 1949 
7. Gaduan Landau 1949 – 1950 
8. Dusin Leminah 1950 – 1980 
9. Gentua Pengus 1980 - sekarang





Gambar2 ni bukan sungai "RAN" atau "DAN" yang diceritakan. 

This Article i copy form DUKU.
Thanks my friend...


No comments:

NUFFNANG