Semua
orang punya ketakutan atau kekuatiran dalam hidup. Saya tidak percaya kalau
orang mengatakan bahawa hidup ini selalu indah dan membahagiakan kerana pasti
ada saja yang merunsingkan fikiran. Mungkin bagi orang yang diberkati dengan
keberadaan tidak pernah kuatir akan apa yang mereka pakai, makan dan minum.
Namun bagi mereka yang dalam kemiskinan, perkara asas inilah yang banyak
merunsingkan fikiran mereka.
Lihat
burung pipit, ianya tidak buat ladang tapi setiap hari mendapat makanan. Bunga
bungaan juga tidak pernah pun menganyam namun mendapat bunga atau
"pakaian" yang cantik. Kenapa? Oleh kerana usaha dan keberanian
burung tersebut mengambil risiko ke tempat manusia untuk mendapatkan makanan.
Bunga juga tidak kurang hebatnya menghadapi semua tekanan,persaingan dengan
bunga lain untuk mendapatkan air dan nutrien sehinggalah ia mengeluarkan bunga
yang cantik.
Justru,
kita juga sepatutnya begitu, berusaha, sanggup menghadapi risiko dan tekanan
hidup juga sanggup bersaing dengan orang lain. Kerana ingat, Tuhan tidak pernah
meninggalkan anda, seperti burung dan bunga yang juga diperhatikan Tuhan.
Apatah lagi anda yang jauh melebihi daripada burung dan bunga itu. Tuhan
sentiasa memerhatikan anda dan dia tahu apa yang anda perlukan. "Tetapi
carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan
ditambahkan kepadamu. MATIUS 6:33". Mencari Allah diikuti dengan usaha dan
kesabaran, pasti akan membawa anda keluar daripada kekuatiran. Dan ingat bahawa
"Sebab itu janganlah kamu kuatir akan hari besok, karena hari besok
mempunyai kesusahannya sendiri. Kesusahan sehari cukuplah untuk sehari. MATIUS
6: 34". AMEN...
SUMBER
RENUNGAN: MATIUS 6:25-34