NUFFNANG

Thursday, April 04, 2013

Kehendak

Siapa diantara kita yang tidak pernah menginginkan sesuatu?....

Kehendak manusia tidak dapat dipuaskan. Kehendak berasal dari dalam hati kita.. Ketika kekurangan, memiliki rm100 itu sudah kira beruntung dan kita berasa syukur. Namun dalam situasi kita 'lebih', kita tidak akan puas dengan rm100 kerana kita menginginkan yang lebih banyak lagi.

Jika kita mampu membeli basikal, kemudian dalam hati kita berkata "alangkah baiknya jika dapat membeli motosikal". Sudah mendapat motosikal, hati berkata lagi "alangkah baik sekiranya dapat membeli kereta".

Tidak ada orang yang kita fikir/nampak kaya akan mengaku kaya. Mereka akan berkata "hanya cukup-cukup makan". Sebab kita tidak akan dapat memuaskan keinginan hati, mata, dan perasaan kita. Inilah yang dinamakan keinginan daging.
Keinginan daging tidak dapat dilayan sebab dalam alkitab berkata di dalam ibrani 13: 5. Keinginan dagiang adalah seperti dalam galatia 5:19-21.

Dapatkah kita membezakan keinginan dan keperluan.....?

Thursday, March 14, 2013

BEFORE YOU ASK GOD

Mark 11:25-26 

Whenever you stand praying, forgive, if you have anything against anyone; so that your Father, who is in heaven, may also forgive you your transgressions.
But if you do not forgive, neither will your Father in heaven forgive your transgressions."

Try to post blog from galaxy note..

Just try....

Tuesday, March 05, 2013

AKU TAKUT UNTUK HARI ESOK..

Semua orang punya ketakutan atau kekuatiran dalam hidup. Saya tidak percaya kalau orang mengatakan bahawa hidup ini selalu indah dan membahagiakan kerana pasti ada saja yang merunsingkan fikiran. Mungkin bagi orang yang diberkati dengan keberadaan tidak pernah kuatir akan apa yang mereka pakai, makan dan minum. Namun bagi mereka yang dalam kemiskinan, perkara asas inilah yang banyak merunsingkan fikiran mereka.

Lihat burung pipit, ianya tidak buat ladang tapi setiap hari mendapat makanan. Bunga bungaan juga tidak pernah pun menganyam namun mendapat bunga atau "pakaian" yang cantik. Kenapa? Oleh kerana usaha dan keberanian burung tersebut mengambil risiko ke tempat manusia untuk mendapatkan makanan. Bunga juga tidak kurang hebatnya menghadapi semua tekanan,persaingan dengan bunga lain untuk mendapatkan air dan nutrien sehinggalah ia mengeluarkan bunga yang cantik.

Justru, kita juga sepatutnya begitu, berusaha, sanggup menghadapi risiko dan tekanan hidup juga sanggup bersaing dengan orang lain. Kerana ingat, Tuhan tidak pernah meninggalkan anda, seperti burung dan bunga yang juga diperhatikan Tuhan. Apatah lagi anda yang jauh melebihi daripada burung dan bunga itu. Tuhan sentiasa memerhatikan anda dan dia tahu apa yang anda perlukan. "Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu. MATIUS 6:33". Mencari Allah diikuti dengan usaha dan kesabaran, pasti akan membawa anda keluar daripada kekuatiran. Dan ingat bahawa "Sebab itu janganlah kamu kuatir akan hari besok, karena hari besok mempunyai kesusahannya sendiri. Kesusahan sehari cukuplah untuk sehari. MATIUS 6: 34". AMEN...


SUMBER RENUNGAN: MATIUS 6:25-34

NUFFNANG