Haii.... lama tidak tulis blog untuk kisah diri sendiri... Tidak lama dulu saya mengatakan ingin menulis berkenaan apa yang saya telah lalui sepanjang kehidupan 2010 terutama sekali kehidupan sebagai seorang guru pelatih di IPG Teknik KL ini. Banyak dugaan sebenarnya, dulu sebelum mendapat tempat di sini, hati berkata akan lakukan apa saja, akan berusaha ketahap yang termampu, tidak merungut, tidak menagguh2 kerja dan sebagainya. Namun apabila hari dan masa itu tiba, berubah pula. kadang kala semangat kurang, malas pasti ada, tangguh kerja menjadi sebahagian amalan(student memang suka tanguh2) dan macam-macam. Bukan apa sebenarnya, bukan kerana suda berada di sini atau orang kata bila sudah sebahagian diri melekat dengan badan kerajaan membuatkan menjadi malas. Tetapi keadaan yang menjadi penyebab utama, dengan kelas yang sangat padat (8am-5pm/7pm) kadang-kadang kelas malam, dengan assignment, pembentangan, projek, aktiviti sukan dan macam-macam lagi membuatkan diri penat dan stress semestinya. Namun apa pun cabaran yang dihadapi sebenarnya ada juga waktu-waktu manis yang terselit-selit diantara timbunan cabaran sehinggalah semester pertama yang padat dapat di hadapai dengan jayanya. Hehehe... kira-kiralah....