NUFFNANG

Friday, January 21, 2011

2011 is new chapter of life............ hahaha

Waaaa.. ini suda berbulan2 tidak update blog. So, petang ini cuba-cubalah tulis sesuatu dalam blog ni. Sebenarnya agak susah juga mau tulis blog ni sebab suda sekian lama tidak tulis macam hilang idea pula. Apa pun apa yang tertulis ni, ini la update untuk ketika ini. 

Hahaha... sekarang ini saya berada dikawasan yang orang cakap pedalamana laa.. Mungkin ramai di luar sana yang tidak pernah mendengar nama daerah ini. NABAWAN... uuuu.. pernah dengar jugakah?.... Tahu di mana tempat ni?.... hehehe.. Tidak tahu, cuba cari di google maps or google earth. hahahaha.... Sebenarnya saya di sini dengan satu misi yang agak besar.... jadi misi yag besar mesti dengan tekanan yang besarkan.. Walaubagaimana pun... kehidupan mesti diteruskan. Hahhahaha........

Hari ini adalah hari yang ke-5 berada di sekolah dan semuanya nampak baik dan tenang... Sebentar tadi ada main bola dengan orang kampung. Bolehlah untuk keluarkan peluh dan hilangkan boring. Sebenarnay, sini agak malang sikit berbanding ditempat lain... Tiada signal phone... ada pun kena "dicari2".. "dikejar2".. pandai lari2 bah.... hahahaha.. Sometime kena jadi "tunggul" bernyawa barulah "datang" tu signal. Hehehe... Apa pun tetap bersyukur sebab masi boleh berhubung dengan kawan-kawan dan keluarga....

Apa pun perhubungan utama kami disini adalah internet.. Nasiblah ada school net ni.... Kalau tiada memang agak bosanlah juga. Tapi yang bikin risau, ada kabar angin yang mengatakan school net ni kena potong suda.. adidididiiiii..... harap2 la tidak kan.... hehehehehe.............. 

Gade Say: SK. Tampusison, Nabawan. Jauh juga oooo..... Mau 3 jam lagi sampai tawau.... hehe...

NUFFNANG